Monday, April 9, 2012

untuk bakal suamiku

                                                 Assalamualaikum..


untuk bakal suamiku..terlebih dahulu ingin aku katakan yg aku sayang dan mencintaimu sepenuh hati..

warkah ini kubuat untukmu agar engkau tahu apa yg aku mahu dari dirimu..

tidak lebih dan tidak kurang..yang aku mahu adalah engkau menerima diriku seadanya..menyayangiku sepenuh hatimu..menjaga aku dgn sebaik-baiknya..

bersabarlah dengan ku wahai bakal suamiku..kerna itulah aku..

aku tidak kisah jika engkau tidak berpangkat tinggi..kerana hati ini sedia menerima mu seadanya..

aku tidak meminta rumah seindah agam..cukuplah sekadar rumah kecil untuk kita berteduh dari hujan panas dan tempat untuk kita membesarkan anak-anak kita nanti..

aku ingin engkau menjadi suami yang beriman untuk memimpin ku dimasa hadapan..

aku juga ingin engkau menjadi suami yang bertanggungjawab agar engkau dapat menguruskan keluarga kita nanti..

jadilah suami dan bapa yang baik untuk ku dan untuk anak-anak kita..

jika aku pergi dulu..satu amanah yang ingin aku kirimkan adalah jagalah anak-anak kita..didiklah mereka..besarkan mereka dengan penuh kasih sayang..

aku harap kita dapat menbina mahligai ini bersama..

susah senang kita bersama..

hanya ajal dan maut yang dapat memisahkan kita..

semoga ikatan yang kita bina ini mendapat restu dariNya..

warkah ini hanya untukmu..BAKAL SUAMIKU..


dari : bakal isterimu...=)
         







2 comments:

  1. Terase mcm nk nangis bace entry nie. Seriously, mmg tak tipu. Tersentuh hati kasar aku nie;((
    Well, hopefully, u'll found the best of the best because you deserves it. TRUST ME!!

    ReplyDelete