Friday, November 30, 2012

hai hai sem 4



Assalamualaikum



saya sudah menjadi senior..hewhew
bole buli junior..wakakakaka..

tapi aku x kisah sume tu..tapi yang paling aku kisah sekarang nie adakah semestar kali ini lagi besar ujiannya dari semestar lepas..??

rasanya ye
tapi doa jewlah yang aku mampu agar segala urusanku dipermudahkan

lagi 3 hari semestar baru akan bermula
dan seperti biasa aku xdak mood nak balik arau

tapi barang semua dah siap packing sbb esok pagi aku akn bertolak ke kampung aku di parit buntar
doakan semoga perjalanan aku selamat sampai dan doakan semoga sem ini lebih baik dari semestar lepas



#wishlist aku untuk sem 4 nie

*dean list, insyaAllah :)*


wasalam and enjoy your day ! !



Friday, November 16, 2012

laaa yeke??




Assalamualaikum



orang yang baru kenal aku mesti ingat aku nie jenis pendiam, baik, lemah-lembut, senang nak kena buli
dan sewaktu dengannya lah...

tapi sebenarnya aku bukan jenis yang macam tu
aku ni orgnya agak kasar..

LAAAAA YEKE??

iyelah..aku time kecik2 ganas sikit sbb adik beradik semua laki
sepupu pon ramai laki
main pon dgn budak laki
macam mana x kasar

meh sini aku bukak 1 cerita
cerita ni sampai sekarang parents aku x tahu..
aku bgtau kat korang jew
shhhhhh ! !
jangan bgtau org lain
janji???
hahahahahaha

waktu aku darjah 2 or 3 macam tu
aku selalu main dgn budak mengaji aku
main dgn budak perempuan ngan laki sekali lah
entah mcm mana budak laki nie x puas hati apa tah kat budak perempuan nie
diorang terus baling batu
kitaorg pon elak lah kan..
aku plak dgn selamba amik batu terus baling dekat salah seorg budak laki kat situ
aduhhhhhh ! !

batu tu terkena tepat kat dahi dia lah...
wahhh..aku boleh jadi ahli memanah nie..
tapi..aku apa lagi cabut lari lah lepas tu sebab dahi dia berdarah

x sangka plak aku boleh jadi mcm tu
sbb aku rasa aku baling batu kecik jew kot
tapi nasib kau lah..sapa suruh cari pasal dulu kan

tapi kasar2 aku nie pon, aku gi jugak umah dia..
kononnya nak tengok dia lah
tapi takut kalau2 dia ada mengadu kat mak ayah dia yang aku nie yg buat dia jadi lagutu
tapi ayah dia x kata apa pon..senyum jew kat aku
mungkin dia x berani bgtau ayah dia kot
yelah, kalo dia citer..sah2 lah mak bapak dia gelak..
dgn budak perempuan pon kau kalah
hahahahaha

 lepas 3 4 hari dia dtg mengaji
x tegur aku pon dan aku pon x tegur dia
pandang mcm x puas hati
tapi ade aku kesah ! !
hahahaha

tapi beberapa bulan lepas tu 
dia sekeluarga pon pindah, aku pon x tahu kat mana

dan aku seperti biasa menjalani hidup dgn tenang
hahahahaha

tapi bila dah besar skit kena lah ayu2 
xleh lah nak kasar mcm dulu..
nanti semua orang lari
hahahaha

THE END :)


wasalam and enjoy your day ! !



Sunday, November 11, 2012

be strong..don't give up



Assalamualaikum


pernah kah anda berasa untuk berputus asa dalam sesuatu perkara?
YA bukan??

aku juga pernah terdetik niat ini didalam hati aku..
bila aku stress ataupun aku rasa aku x boleh buat sesuatu dalam sesuatu benda pasti aku akan rasa begitu

pernah suatu tahap untuk aku berputus asa dlm bidang yang aku tempuh sekarang ni
diploma sains bukan calang2 kos..
terlalu berat bagi aku lebih2 lagi apabila pada semestar dua aku terpaksa repeat 1 paper

tapi cita-cita aku besar iaitu ingin menjadi seorang doktor yang berjaya
tapi bagaimana untuk aku capai impian itu jika aku mudah mengalah??

memang benar kata senior aku
belajar apa2 pon susah

ya..memang belajar apa2 pon susah
tapi kalo sampai di satu tahap yang ko langsung x paham apa yang kau belajar walaupun sepatah haram..bagaimana pula??

disebabkan itulah aku terpaksa repeat paper fizik..
terus terang aku katakan aku langsung tidak faham apa yang aku belajar pada waktu itu
bukan tidak pernah tanya pada pensyarah ataupun teman
tapi otak aku bukanlah otak genius
namun aku gagahkan juga untuk memahaminya

walau bagaimanapun aku tidak pernah salahkan sesiapa atas kegagalan ku ini..
mungkin ada hikmah disebaliknya

memang benar kata senior aku


'if you think you've fall enough, remember those who fall deeper than you...me for example...yet, i don't lose any hope' 


kata-katanya memberi aku semangat..memang benar kata beliau..
walaupun dia pernah tersungkur
tapi dia tidak pernah berputus asa
dia terus bangkit, bangkit dan terus bangkit untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan



p/s : good luck abg fayad..kata2 abg memberi semangat kepada nina..nina doakan semoga abg berjaya dimasa hadapan..



wasalam and enjoy your dayy ! !



Saturday, November 10, 2012

result sem 3



Assalamualaikum...


lama x update blog...malas sebenarnya
tapi satgi kalo x update, berhabuklah blog teman..huhu

semalam result exam untuk budak diploma UiTM telah diumumkan
dan seperti biasa bangun pagi selepas solat subuh baru aku check..
gementar jugak sebenarnya sebab takut ada subject kena repeat

Alhamdulilah..semua nya lulus..
cuma sedikit terkilan kerana apa yang aku target x dapat..
tapi apa2 pon aku tetap bersyukur
mungkin apa yang aku dapat itu berbaloi dgn usaha aku
ataupun Allah tidak mahu aku lalai sekiranya aku mendapat pointer yang tinggi

xpelah, masih berbaki 3 semestar untuk aku menamatkan diploma aku ni
so lepas nie xleh main2 dah
ataupun buat assignment or lab report last minute

masih ada peluang untuk aku kejar cita2 aku..
dan semoga Allah merahmati perjalanan hidupku ini
Amin



wasalam and enjoy your day ! !